Engkau Menagih Keadilan


Engkau menagih keadilan dengan orang lain

Tapi tidak diperolehi

Engkau meratus dan membebel merata negara

Isytihar kepada manusia memohon simpati

Apakah engkau pernah memberi keadilan kepada orang lain?

Jawablah sendiri

Engkau ingin dikasihi

Rasa tidak senang orang yang membenci

Tapi pernahkah engkau mengasihi orang lain

Apakah engkau seorang yang pengasih

Jawablah lagi

Sekali sahaja orang tidak adil dengan engkau

Engkau sudah tidak tahan

Meraung ke sana, menjerit ke sini

Tapi pernahkah engkau tahu ada orang sepanjang hidupnya tidak pernah mendapat keadilan?!

Sepanjang hayatnya tidak pernah mendapat kasih sayang?!

Mereka tidak menjerit merata negeri

Kerana mereka tahu suara mereka tidak akan didengari

Mereka tahu tiada siapa yang simpati

Penderitaannya mereka tanggung sendiri

Patutnya seorang wira gentleman dengan ujian

Tabah dengan cabaran

Tidak akan riuh rendah menjerit ke sana ke mari

Itu mengisytiharkan diri seorang pengecut

Bukan pejuang bangsa, jauh sekali pejuang agama

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi